Kata orang, pengalaman itu guru yang terbaik. Sudah semestinya ia benar kerana daripada pengalaman kita akan cuba memperbaiki diri kita. Kesakitan atau kepahitan yang kita telah alami pasti akan meninggalkan kesan dalam kehidupan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kesan tersebut telah mengubah diri kita secara perlahan-lahan. Semoga perubahan yang berlaku itu menjadikan diri kita lebih baik berbanding sebelumnya.
Belajar daripada pengalaman. Semoga pisang tidak akan berbuah dua kali. Sakit dilukai memang perit tetapi jangan sesekali belajar melukai orang lain. Terima dan bertahan dengan segala dugaan yang menimpa. Jadi seorang yang tabah dan gunakan cara yang terbaik untuk bertahan.
0 Happiness:
Post a Comment