23/10/2011

Jatuh cinta??

Write by Cik R at 10/23/2011 02:26:00 am
Salam.

Jatuh cinta? Semua orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagaimana, di mana, siapa, dan kenapa bukanlah persoalan yang terbaik. Perasaan cinta hadir tanpa kita sedari. Ia suatu perasaan yang lahir kerana ia merupakan anugerah Illahi. Kadang-kadang kita ditemukan dengan orang yang salah kerana ingin kita belajar sesuatu darinya. Berjumpa orang yang tepat bukanlah semudah ABC dan semua sudah tahu tentang hal itu.

Malah aku sendiri juga pernah berjumpa orang yang salah dan belajar dari apa yang telah berlaku. Sekarang aku sedang belajar mengenali diri sendiri sebelum aku cuba mengenali si dia. Kata orang patah tumbuh hilang berganti tetapi bagi aku belum tentu yang tumbuh dna berganti itu sama seperti yang dahulu. Apabila kita kehilangan seseorang yang disayangi akibat kesilapan kita sendiri sudah pastilah penyesalan yang beraja di hati. Namun apabila kita lihat si dia bahagia dengan orang lain, apa yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah berdoa untuknya. 

Awak,
Walaupun dulu saya dah buat kesilapan dan sekarang kita sama-sama cuba baiki semula kesilapan lalu namun saya rasa saya tak mampu bertahan dengan perasaan saya yang tidak terkawal ini. Saya tahu awak sangat baik dan mungkin terlebih baik untuk saya. Saya sedang cuba belajar menerima segala dugaan dan cuba bertahan. Andai saya tidak kuat untuk bertahan, maafkan saya andai kesilapan lalu akan berulang lagi. 

0 Happiness:

Post a Comment

23/10/2011

Jatuh cinta??

Posted by Cik R at 10/23/2011 02:26:00 am

0 comments on "Jatuh cinta??"

Post a Comment

"The Mirror of My Life" Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review